OGOS 2022

Sarawak Destinasi Pelaburan Menarik - Awang Tengah


KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia International Chambers of Commerce and Industry (MICCI) di pejabatnya, pagi tadi.

MICCI, diketuai presidennya Christina Tee diiringi delegasi Sarawak Chamber of Commerce and Industry (SCCI) yang diketuai presidennya Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg.

Dalam pertemuan lebih satu jam tersebut, pelbagai isu dibincangkan terutama usahasama melibatkan ahli SCCI, MICCI dan pelaburan di Sarawak.

Awang Tengah pada pertemuan itu menegaskan bahawa Sarawak merupakan destinasi pelaburan menarik, memiliki kekuatan dari pelbagai segi dan sentiasa menawarkan peluang yang luas kepada pengusaha dan syarikat dari luar.

Melalui inisiatif Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030) beliau berkata, beberapa sektor telah dikenal pasti diberi tumpuan.

Beliau turut menggesa ahli MICCI dan SCCI memainkan peranan dalam menjayakan pelan tersebut.

Turut hadir penasihat khas Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, dan Pelaburan (MINTRED) Dato Naroden Majais dan Pegawai Khas 

MINTRED, Datu Liaw Soon Eng.

Sumber dari : Jiwa Bakti